Pages

Monday 3 September 2012

BTN di US

Salam semua. Mesti korang ternyata-tanya betul ke aku pergi BTN kat US? Haha. Sebenarnya US tu sebenarnya nama lain untuk Ulu Sepri, Negeri 9.Harini aku akan ceritakan serba sedikit pengalaman aku menghadiri Biro Tatanegara (BTN)  di Ulu Sepri , Negeri Sembilan. Sebenarnya sebelum aku menghadiri BTN ni, aku banyak dengar orang kata BTN ni bosan. Tapi aku nak cakap kat sini yang BTN yang aku hadiri kat Ulu Sepri ni memang best. BTN ini telah dihadiri oleh pelajar tajaan Yayasan Pahang , pelajar asasi sains PALAM ke Indonesia serta pelajar tajaan MARA ke Jordan (INTEC) dan Mesir (Shahputra). Secara umum,BTN ni merupakan program yang wajib bagi pelajar tajaan yang akan ke keluar negara. Sesiapa yang ditaja mesti lulus BTN ni, baru boleh fly kalau tak , melepas hajat nak ke luar negara. Objektif program ni adalah untuk menerapkan nilai patriotisme kepada bakal mahasiswa luar negara. Sampaikan setiap kali ada perjumpaan, mesti kami akan nyanyikan lagu 1Malaysia dengan gaya2 sekali. Budak MEP12 INTEC mesti ingat gaya ni. Rindu sangat masa tu.

Pelajar-pelajar JPA ke Jordan pulak menghadiri BTN di  UK a.k.a Ulu Kernas. Kedua-dua BTN ini diadakan dalam masa yang sama iaitu pada 9-13 Julai yang lepas. Tapi aku hanya akan ceritakan serbaa sedikit tentang BTN aku di Ulu Sepri. Kami bertolak dalam pukul 10 pagi dan sampai di Ulu Sepri lebih kurang pukul 1 petang. Kemudian kami mendaftar dan menghadiri taklimat pada pukul 5.30-7.00 mlm. Malam tu pulak bermulalah wacana minda 1. Wacana minda ni macam ceramah yang biasa diadakan. Dalam BTN ni, kitorang ada sampai 4 wacana minda dan topik-topik yang dibentangkan berpandukan Gagasan 1 Malaysia dan juga sedikit maklumat tentang perlembagaan.Gambar kat bawah ni merupakan gambar yang diambil masa jalan-jalan sekitar kem.



Dari kiri : Che Adib, Irfan, Syahir

Dari kiri :Che Adib, Aku, dan Syahir.

Kawasan ni nyaman sangat. Susah tau nak jumpa kawasan senyaman ni kat bandar.

Cantikkan pemandangan sungai kat sini?

Lagi gambar sungai.
Lepas habis keempat-empat wacana ilmu tu, tibalah saat yang ditunggu-tunggu iaitu sesi PKPK. Untuk sesi ni je, ada sampai 9 slot tapi pengisian  yang sangat best. Dalam sesi PKPK ni korang akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan korang ada banyak perbincangan dalam slot dan juga banyak game yang menarik. Antara perkara yang bestnya pasal game yang dijalankan ialah kumpulan yang menang dapat menentukan denda kepada kumpulan yang kalah dan banyak percambahan ilmu yang berlaku sampaikan wujud perbahasan antara rakan-rakan sesama kumpulan tapi hal ni tak terjadi dalam kumpulan. Ni menurut kawan aku tajaan MARA. Pada malam wacana minda yang terakhir , kami ada jamuan dan semua kumpulan diminta membuat sedikit persembahan. Ada kumpulan yang bersajak, berpantun, dan berlakon. Memang best sangat malam tu. Pada  hari terakhir, kitorang kena ambik ujian. Untuk pengetahuan korang, markah BTN dipecahkan kepada 2: markah sesi PKPK dan juga ujian ni. Apa yang penting ialah korang kena buat betul2 semasa sesi PKPK sebab kalau tak lulus PKPK ni, korang kena hadir BTN untuk kali yang kedua. Siapa yang nak hadiri BTN untuk kali kedua? Kalau korang tak lulus ujian, korang boleh ambil semula kat kolej pengajian korang. Kesimpulannya buat betul2 terutamanya sesi PKPK tu. Sebagai penutup, aku uploadkan gambar kumpulan aku semasa BTN dulu.


My group with our facilitator during the BTN , Kak Az and En. Hisham. However, En. Hisham was not in the picture.


Tu je post aku kali ni. See you later!


   

0 comments:

Post a Comment