Pages

Sunday, 2 September 2012

MEP (Middle East Programme)

MEP merupakan nama bagi program yang disertai pelajar-pelajar yang akan melanjutkan pelajaran di timur tengah sama ada dalam bidang medic ,dentistry, dan perbankan islam di INTEC. Program ini mengambil masa kira-kira 3 bulan saja dan merupakan salah satu short  programme kat INTEC ni. Banyak lagi program lain macam A-Level AUSMAT ,ADFP/ACTP,Korean programme, dan juga japanese programme. Tapi aku cuma akan tekankan tentang program MEP je untuk post nie. Menurut kata-kata salah seorang lecturer aku, thn lepas kelas Egypt ada smpai 8 kelas tapi tahun nie cuma ada 1 kelas je iaitu kelas aku, MEG01. Kelas Jordan untuk pelajar medic dan dentistry ada 4 sama macam tahun2 lepas dan ditambah dengan satu kelas islamic finance yang akan ke Universiti Yarmouk, Jordan .Selain itu subjek-subjek yg kami ambil berbeza mengikut negara yang kami akan pergi dan menurut bidang pengajian yang akan kami belajar di universiti nanti.

MEG (nie kelas student Egypt)

Subjek2 yang kami ambil :

  1.  Civilization in Medicine  (CTIS O6)
  2.  Introduction to Islam and Medicine  (CTIS 07)
  3. Biochemistry (MEBC01)
  4. Physiology MEPS01 
  5. Basic Anatomy & Histology (MEBG01)
  6. English for pre-medical student (MEEL01)
  7. Egyptian Arabic (MEAL02)
  8. Computer Literacy (MECL01)
MEJ (nie utk kelas Jordan)

Subjek2 yang diambil:

  1. Civilization in Medicine  (CTIS O6)
  2. Introduction to Islam and Medicine  (CTIS 07)
  3. Chemistry
  4. Physics
  5. Biology
  6. English for pre-medical student (MEEL01)
  7. Jordanian Arabic
  8. Computer Literacy (MECL01)
MEC (nie kelas pelajar islamic finance)

Aku tak berape tahu sangat subjek yg diorang ambik tapi kebanyakan subjek yg diorang ambik adalah dalam Bahasa Arab dan diorang ada jugak belajar English untuk finance.

Note: Kepada mereka yang tidak mempunyai basic dlm Bahasa Arab, mereka diwajibkan mengambil matapelajaran tambahan iaitu Bahasa Arab Fushah. Sesiapa yang ambil subjek ni akan rasa penat sikit sebab kelas diadakan luar jadual waktu yang ditetapkan dan dijalankan dari pukul 4 -6 ptg. Tapi kelas boleh diawalkan sekiranya ada lecturer yang tak masuk kelas haritu.

Sebenarnya kebanyakan subjek yang antara kelas Jordan dan Egypt tak banyak beza cuma perbezaan ketara pada 3 subjek Sains dan subjek Bahasa Arab yang diajar mengikut dialek Mesir atau Jordan. Antara sebab kenapa aku suka belajar kat INTEC adalah kerana setiap pelajar akan mendapat buku yang bertaraf international dan bagus dari segi kualiti.

Nie buku rujukan Anatomy dan Physiology kitorang. Buku ni siyes best sbb byk diagram yang berwarna-warni.  Buku ni jugak didatangkan dengan CD yg banyak membantu dalam memahami konsep2 penting dlm subjek Physiology.

Buku nie pun best jugak cuma tinggi sikit aras yang digunakan dalam menulis buku ni. Aku sendiri pun  kurang faham  tentang isi2 dlm buku ni. Harap2 time belajar nanti boleh catch up.

Nie buku CTIS 07. B uku nie mcm buku Sejarah sikit tapi sangat menarik kerana membincangkan tamadun perubatan Islam pada zaman dahulu. Turut diselitkan dengan sumbangan tokoh2 perubatan Islam yang ternama seperti Ibnu Sina, A l-Zahrawi, dan Al-Razi.

Ni pulak buku English yang kitorang gunakan masa belajar dlm kelas. Buku byk menerangkan cara berkomunikasi yang efektif dalam komunikasi antara seorang doktor dengan pesakit. Kitorang diajar cara utk bertanya soalan kepada oesakit, cara mengambil history pesakit, dan juga pendedahan kepada istilah2 perubatan. Seingat aku, subjek ni merupakan subjek yg paling byk role-play time belajar dulu tapi sangat membantu pada masa akan datang time clinical nanti.

Buku nie pulak buku komputer kitorang. Tebalkan ? haha.

Nie pulak buku khas yg kitorang pakai utk mempelajari Bahasa Arab  Ammiyah  Mesir (BAM). Subjek ni agak mencabar bagi sesiapa yg telah mempunyai basic dlm Bahasa Arab Fushah/Standard (BAS) sebab korang akan cenderung untuk menggunakan BAS walaupun korang belajar BAM. Korang tahu tak yang walaupun BAM byk perbezaan drpd BAS tapi BAM boleh difahami orang Arab lain di negara lain ? Hebat kan ! Inilah yang merupakan salah satu keistimewaan BAM. Satu lagi, BAM lebih ringkas berbanding BAS menjadikan BAM bahasa pertuturan utama di Mesir. Untuk sesiapa yg ingin menjaga BAS anda, anda boleh bergaul dengan syeikh2 Arab yg mendalami ilmu agama. InsyaAllah mereka lebih cenderung bertutur dlm BAS berbanding BAM.   

Nie pulak merupakan buku bagi subjek CTIS06. Buku ini membicarakan perihal  bagaimana para ulamak menetapkan hukum dan permasalahan hukum dalam isu-isu perubatan kontemporari seperti cloning, bayi tabung uji, pengguguran bayi, dan penggunaan benda haram dalam bidang perubatan. Subjek ni merupakan subjek yg sangat menarik kerana membicarakan perihal hukum yg amat penting untuk dipraktikkan seorang doktor muslim.


 
Aku rasa cukup sampai di sini dulu post aku untuk kali ini. Aku harap korang semua dapat serba sedikit gambaran mengenai MEP programme yg terdapat di INTEC ni. Aku harap post ni dapat bantu korang terutamanya junior2 yg nak melanjutkan pelajaran ke Middle East pada tahun depan insyaAllah. See you later. 

0 comments:

Post a Comment