Pages

Monday 10 September 2012

Teruja???

Aku macam tak percaya je besok aku dah nak fly ? Rasa macam baru semalam aku belajar kat SMAP dan INTEC. Sedar2 je, dah nak fly dah aku? Betul2 tak percaya pada usia 18 tahun, aku akan melanjutkan ke Mesir dalam bidang perubatan. InsyaAllah besok aku akan berada di KLIA pada pukul 12 tengahari dan aku akan fly ke Mesir pada pukul 3 petang besok. 
 
Aku baru je lalu depan KLIA tadi. Cantikkan? Nie 2nd time aku pergi KLIA. 1 st time masa aku jemput parents aku lepas mereka tunaikan haji tahun 2007.



Nie pulak gambar KLIA di bahagian dalam. Tak sabar2 nak pergi besok.
Untuk flight esok insyaAllah aku akan naik Saudi Arabian Airlines. Mak aku cakap kapal terbang Arab Saudi lagi besar daripada kapal terbang MAS. Tengokla esok kan? Untuk pengetahuan korang, kitorang dibenarkan bawak 1 bagasi dengan had berat 32 kg. Kalau ikut aku , aku bawak 2 bagasi sebab 1 bagasi baru 22kg berat nya. Tengokla esok macam mana sebab kalau aku cuma bawak 1 bagasi je ,aku tak capai pun lagi had berat tu. Kitorang juga dibenarkan untuk bawa hand luggage seberat 7 kg.

Ni logo Saudi Arabian Airlines.




InsyaAllah ni plane yang akan aku naik esok.


 Akhir kalam, aku harap semua berjalan dengan baik esok. Kepada rakan-rakan SMAPK yang lain, semoga kita semua dapat mencapai cita-cita kita dan seterusnya dapat berbakti kepada ummah insyaAllah. Kepada sahabat-sahabat MEP 12 semua, semoga kita semua dapat menjadi doktor dan ahli perbankan islam yang dapat berbakti kepada ummah. Pada masa yang sama, tuntutlah ilmu agama di Mesir dan Jordan kerana graduan-graduan Timur Tengah selalunya akan menjadi rujukan terutama permasalahan agama sama ada dalam perbankan islam mahupun perubatan. Bittaufik wannajah semua.


      

0 comments:

Post a Comment